Showing posts with label From Penang With ♥. Show all posts
Showing posts with label From Penang With ♥. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

Antara Basikal, Dinosour, Burung dan Broken Heart.


Untuk kali ke 2 aku ke Penang Core Zone lagik. I love tis place. I love my Penang. Well sapa tak sayang negeri kelahiran kan? Kali nie aku pi Armenian Street lagi meneman Cik Linda. Cik Linda nie BFF aku kat tempat keja. Dia blom lagik menengok mural arts yang Si Zach tue conteng. :) 
So, aku pun membawakla Cik Linda pi meronda and berposing kat Armenian Street, Ah Quee Street, Muntri Street dan Love Lane. 

Wall art "Little Children on a Bicycle" nie memang fames kat Penang. Even aku & Cik Linda pi ari Isnin pun still ramai sangat local & tourist datang snap-snap gambo. Hihi belon-belon tue Cik Linda yang gigih bawak khas untuk props nak posing. :)
Masih lagi kat Armenian Street depan Amelia Cafe yang comel. Cafe tau bukan rumah kosong tak berpenghuni. Ngehngehngeh
Yang nie pulak "Boy on a Bike" "Little Boy with Pet Dinosaur" kat Ah Quee Street. Dekat ja ngan Restoran Kapitan. Ha! next entri nanti nak cheta pasal apa yang best kat kapitan plak. :)
Last time aku datang kat Love Lane nie, public phone "Broken Heart" nie masih lagi dalam proses penceraian. Nampaknya dah rujuk. Dan "mereka" pun hidup...Happily Ever After....". The end. :))
Kali nie misi aku menjejak Mural Arts yang ada kat Penang Heritage Core Zone nie penuh excited nak carik  gambo "burung" nie jek. Akhirnya....Yes! Jumpa jugak. 
Hei annoying girl kat tempat keja aku.... "GET A LIFE!"
Betul kata Zach....our art is dying...kalau kita semua tak jaga ia dengan baik. :I
I wish Zach will come to Penang again dan ceriakan kami disini. :)
Zach skang ada kat  Brussels, menconteng-conteng kat sana. Jeles sebab dia conteng cantik sangat. Harap dia akan balik sini sambong main conteng conteng sama ini Penang k. :))

Siapa Zach? Full name dia Ernest Zacharevic. Asal dari Lithuania, artis muda yang hensem dan berbakat giler dalam mural arts nie. Beliau diberi tanggungjawab penuh "making a scene" kat jalan-jalan sekitar George TownPulau Pinang. Contoh macam dalam gambar-gambar kat atas tu. Hanya jalan-jalan terpilih sahaja akan "di conteng" oleh Zach. Projek kerjasama Zach dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) nie dikenali sebagai "Mirrors George Town", bersempena dengan George Town Festival 2012.

Zacharevic mulakan proses dengan cari-cari dinding yang sesuai untuk dia
"conteng", lepas dia buat survey segala. Then, lepas dia pilih, MPPP akan buatlah perjanjian dengan pemilik bangunan atau premis untuk menjalankan kerja-kerja mengecat. Start dari hari tue, ramai yang tertarik dengan mural arts Si Zach nie terutamanya pengguna traffic yang lalu lalang. Lepas dari tue, lagi ramai lah orang yang offer untuk lukis kat premis diaorang. Harap Zach akan balik kat Penang nie dan lukis lagi. Tue pun kalu ada pihak yang sudi mengsponser untuk bayor kat dia. Huhuhu.

Tuesday, July 24, 2012

All about Bongkah Batu :)

Kalau dah namanya gila bergambaq. Hermm....kat mana saja pun jadik! Itulah Aku dan BFF ku yang photonista! Bongkah batu pun jadik. Entahhhh...rasa tempat nie cam unik. Stop keta tepi jalan, menonong ja sampai tempat nie tanpa sikit pun nak terlintas kat kepala otak.....
"Eh, tempat nie tah-tah port drug addict tak?", 
"Kot-kot ada perogol or peragut kat sini ka?", 
"Skali sarang ulaq dok ada celah² batu?"...
Sikit pun takdak. Elek! Tak terfikiaq langsung! Danh nama pun batu kami pun jadi hati batu. Hihihi. Betapa positive-nya sahabat-sahabatku. That's why i love them. ;) 
Gigih panjat. Dia la dulu panjats. 
Asah skill. Verangan nak jadik photog yang sangkut DSLR kat tengkok. Huhu
Yeayers~!
Aku semadikan gambar² nie kat sini untuk my kenang-kenangans.  Dah nama pun blog aku. :D



p/s: saya pakai camera murah jek. tsk tsk

Saturday, July 21, 2012

Rumah Biru tu Rumah Apek Kayo!

Okeh...sambung dr entri kemarin...cheq nak sambung nie.
Masa kami meronda-ronda masuk Love Lane tembus Muntri St masuk pulak Stewart St jumpa lagi skali Love Lane. Akhirnya, terjumpa la Cheong Fatt Tze Mansion atau lebih femes dikenali sebagai The Blue Mansion. Seperti yang kita nampak sebab ape nama cenggitew...sebab kaler biru. Gitew lew gamaknye...
Nak masuk Blue Mansion nie dikenakan bayaran sebanyak RM12 (mahalkan?) Bagi aku agak mahal la sebab dalam Blue Mansion tidak dibenarkan snap-snap...sedih giler! Sebab ritu kami pegi Peranakan Mansion bole jek amik gambo...posing² maut kat dalam tue. Nanti Aku update pasal Peranakan Mansion plak. Ok bek to Blue Mansion, oleh kerana kami sampai nak dekat pukul 130pm. So, kami ikut je la tour yang disediakan. Lepas tour guide dia bla bla bla....tengok bahagian bawah umah then naik tingkat atas dan turun balik ikut la pintu kluar. Tapi lagi skali aku cakap aku lebih prefer Peranakan Mansion. Rumah dia lebih besor (taukeh dia lagi kayo kot? huhuhu) dan furniture dia lebih banyak. Ok la. Kami akur tis is a private property tapi....nak wat camno kan...dah nama pun umah orang.  Ok...blue mansion nie sebenarnya ialah rumah lama. Rumah taukeh zaman dolu-dolu, kalu dah tengok umah cenggini besor of cos la pakcik kayo yang stay sini kan? Jadi daripada dibiarkan je baik dijadikan salah satu tarikan pelancong kan? Dah nama pun Pulau Pinang antara yang diikhtiraf Unesco sebagai One of the Heritage City in the World gitew. ;)
 Lepas kluar dari pintu terakhir tue. Kami pun teruslah posing dan snap-snap gambor dikawasan luar Blue Mansion. Dah tue jek yang dibenarkan. SobSob...
Memula kami masuk ikut sini...
Pastu kuar ikut pintu nie :)
Apa yang dibebelkan oleh Antie sepanjang tour tue? Tah lah aku tak ingat sangat. Hahaha. Cuma yang aku ingat Kaler Biru diluar umah nie yang lebih spesifik kepada Indigo bermaksud Peace & Harmony. Tapi kan dalam umah tue ada satu tangga tau. Cantik & Classic giler tangga tue. Aku curik kat google nak letak kat sini. Hehehe..
Shophouses nie sebenarnya betul² berhadapan dengan Blue Mansion, just across the street. Ok al-kisahnya dulu, rumah 5 bijik adalah rumah² orang gaji. Amboi, rumah orang gaji sebesor nie? Nikmatnye kan jadik orang gaji. Rumah selesa giler. Tapi, skrang kebanyakkan rumah² lama camnie dah jadi shophouse, rumah tumpangan, restaurant dll. Bukan murah tau harga rumah² lama nie. Bole mencecah jutaan ringgit. Phew!
Tujuan kami datang melawat Blue Mansion tue sebab nak bergambo je. Kami kan Photonista! Hikhikhik. Sambil² tue bole tau serba sikit pasal sejarah lama (konon!) :P

Ok nanti bebila free Aku update pasal Peranakan Mansion plak. Kena korek daro gobok lama. Sure dah bersarang....hehehe

Friday, July 20, 2012

Ronda-ronda area CORE ZONE.

updated.....


Kebetulan bila ada BFF balik "kampung" halaman tercinta yakni Pulau Pinang ku nan indah. Mula la nak planning untuk macam-macam activity lawatan sambil belajar. Nama ja dok Penang, tapi setiap inci pulau tak habih nak explore. So, bila sorang BFF balik, sorang lagi BFF bagi green lite nak keja separuh hari. Smua jadi PASS! Jom, redah! Tapi hati tak best jugak sebab sorang lagi BFF 'The Baskinians' kena keja sebab suka habiskan A/L dengan suka-suka hati sampai tinggai sikit. :D Masa nie la baru nak terfikir adoi nak simpan cuti untuk raya lagi. Kuangkuangkuang. Takpa lah! Nanti kita angkut smua geng pi explore lagi Core Zone, Buffers Zone yang belum abis ditemui. :))  

Ok. Our exploring starts from LOVE LANE. Wah...nama yang sangat sedap kan? Dari mana dapat nama nie ek? Mesti ada kisahnya kan? Tapi bole tak kalu cakap malas nak Google. Hihihi. 
Ada yang putus cinta ke? Tapi nampak ceria ja? *confius* ;)

Actually, Love Lane terletak didalam lingkungan kawasan Georgetown. Kat sini memang terdapat banyak bangunan yang telah pun diikhtiraf sebagai Unesco World Heritage Site. Untuk kali nie, bukan nak cakap or tunjuk gambar² bangunan yang ala Chinese-English Colonial tu, tapi nak tunjuk beberapa arts sculpture yang telah menarik perhatian kami. Nampak macam dilukis di dinding-dinding. Tapi sebenarnya ia dibuat daripada besi. Kebanyakan dari arts scuplture nie akan menceritakan tentang kehidupan masyarakat Pulau Pinang khususnya. 
@Muntri St.
@Victoria St.
@Armenian St.

Tetiba lepas best-best makan Tandoori Chicken Nan Cheesy Garlic, hujan turun dengan lebat dan lebatnya. Lepas tu, jumpa beberapa lagi arts scuplture tapi tak dapat amik gambar sebab hujan. Sobsob. Macam nak suruh datang lagi ja. Hikhihk. Maybe lepas raya la kot. Bulan puasa penat nanti dahaga. Hehehe. Bole cakap camtu? 
Ok layankan jugak beberapa keping gambar murals arts yang kami terserempak juga. Super Awesome! Penang ja ada ... :))
@Muntri St.
@Red Garden, Upper Penang Road.

Pic² di bawah saja Aku selitkan skali. Lepas pegi berpotosut ritu yang mula rasa nak menjejak lagi Streets Arts yang ada kat Penang nie.

Smua street arts yang ada kat sekitar Core Zone & Buffer Zone adalah bersempena dengan Georgetown Festival 2012 (15 June- 15 July). Lukisan-lukisan itu dilukis oleh seorang Pelukis Jalanan muda yang bernama Ernest Zacharevich yang berasal dari Lithuania. Mat Salleh hensem nie lah yang telah transformed jalan-jalan kat Penang nie dengan interactive murals arts dia yang cool giler! 

@Armenian St.
Antara yang femes 'couple of cheeky children riding on a bicycle'. Gabungan lukisan cat & objek betul. So cute kan?

Nampak Dino x? Bukan Hipo tau!



Okeh! Tats All Folks! Nak shut down dah. Ngantuks sudah. Bye.