Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Ch-ch-chilling at Cameron Highlands:- The Smokehouse.

Tetiba entri bulan nie banyak la puleks. Kelas iols. Macam nie kena jenjalan selalu. Baru la ada menda nak selit dalam nie. Kalau tak bersawang belog tak dihapdit. Kesian iols. Ahaks.
Ingat lagi Filem Impian? Sapa yang hardcore Azhar Sulaiman & Amy Mastura mesti ingat jalan cheta filem nie. Actually, Aku penah tonton filem nie. Tapi, memang tak ingat langsung pasal lokasi kat mana filem nie. Cik Linda teringin sangat nak tengok lokasi filem nie. The Smokehouse. Kebetulan, aku pun memang tringin jugak. Bukan sebab Impian. Tapi sebab aku memang suka yang ala-ala english country home. Aku penah google dan ternampak tempat nie. Cuma tak sempat singgah ja masa sblom² nie datang CH. 

Rumah yang ala-ala inggeris jugak. Siap ada public phone macam kat London.
Nie la The Smokehouse Hotel & Restaurant. Sangat English Style.
Ops! Untuk pelanggan sahaja. 
Sib baik kami tak kena halau. TQ pihak hotel sebab tak halau kami dari posing² depan hotel mereka. Ada satu taman ditepi hotel nie. Kalau tak silap ada fountain jugak. Tapi hanya untuk pelanggan yang menginap di hotel nie (weols tak mampu, *sobsob*) atau yang menjamu selera di restaurant hotel ini. 
Penah tengok kat Mr. G, interior dalam hotel nie memang English style abis. 
Suka sangat bunga purple nie. Cute.
Macam-macam jenis bunga ditanam disekitar tempat nie. So lovely.

Dua hari berturut-turut singgah sini. Ha amik kau. Sebab dah jatuh cinta dengan tempat nie. Lain kali kalau datang CH lagi. Mesti nak singgah lagi kat Smokehouse nie. :)

Monday, October 15, 2012

Ch-ch-chilling at Cameron Highlands:- Day 3.


Hari terakhir. Sobsob. I wish i can stay at CH forever. Bole? Suka sangat view kat sini. Calm ja. Sejuk dan takdak debu-debu kotor berterbangan macam kat town kan? Anyway, weols check-out dalam tengahari cam tue la. Singgah smokehouse lagi. Hahaha. Giler kan? Snap beberapa keping gambaq dan teruskan perjalanan. Singgah kat salah satu kedai untuk beli teh. Kebetulan time tue hujan lagi. Tunggu hujan nak seriat skit, tapi takda tanda² nak nak reda sikit pun. So, amik keputusan untuk teruskan perjalanan jugak.

Banyak Cik Linda borong...






Berenti lagi kat Pasar Beringchang untuk beli vege & fruits yang nak dibawa balik. Beli jugak jagung nie. Selonggok RM10 ada 12tongkol, Uncle penjual tue bagi free 1. Tue pun selepas dibodek oleh aku. Hahaha. Beli jugak oranges yang beso & manis tue. Sekilo RM7, beli 5 biji RM10. Mama beli sayoq skit.

Ha...yang specialnya kat CH nie. Ada jambu batu jeruk yang dikacuk dengan apple atau strawberry. Aku beli yang strawberry tue. 3 biji RM12 kalu tak silap. Rasa sama jugak macam jambu batu cuma ada manis+masam skit. Lupa nak snap pic. So aku ambik pic nie kat Mr.G je. *credit to www.nadhyrasidek.com*

Kiranya Pasar nie last stop kami la. Kami trus turun sampai kat RnR Sg. Perak baru berenti untuk makan and solat. Sampai Penang lebih kurang pukul 8 malam. 

Apa ja yang dibeli kat Ch?
Ubi Keledek kecil. ataupun 'Sweet Potatoes". AKu panggil keledek miniature :D 
Rasa sama jugak macam keledek biasa, cuma size ja yang kecil. Cuma rebus kejap dah bole makan macam tue ja. 
Nie pulak baby potatoes. Ubi kentang biasa cuma masih lagi bayi. Hihihi. Sama jugak macam keledek, rebus dan makan begitu sahaja.  
Aku beli Baby Potatoes sebungkus RM1. Baby Sweet potatoes pulak 4 bungkus RM10.
Macam biasa lah. Pegi mana² tempat percutian tak sah kalu tak beli Fridge Magnet kan? Nak tambahkan koleksi :))
Last but not least. Teh 'BOH' perisa Strawberry-Raspberry.  Sedappp...warna teh nie pun unik. Kaler merah. Rasa dia pun lebih kurang macam rebina :D

Ch-ch-chilling at Cameron Highlands:- Day 2.

Hari Ke-2 kat CH. Alhamdulillah pagi yang cerah. Tak hujan. Lepas subuh pukul 0630 kami trus siap² tanpa mandi. Haha. Pakai bedak skit, blusher and perfume. Hihih. Turun kat restauran, and breakfast. Oleh kerana buffet breakfast, Aku makan sekenyang-kenyangnya. Sebab taknak lapo masa pi meronda nanti. Aku nie dah la jenis kalu dah pi jenjalan, nak lagi bergambo. Tak ingat nak makan. Huhuhu.

Dah sedia untuk bergerak. Jumpa port menarik kat hotel. Benti jap. Snap-snap. :)

Geram tengok bunga-bunga purple nie. Masa nie kat depan The Smokehouse. Memang dah lama teringin nak bergambar depan Smokehouse nie. Kali nie Alhamdulilah. Impian terlaksana. Sampaikan 2 kali pi Smokehouse nie. Ciwi giler. Haha. Entri Day 3 akan cheta pasal Smokehouse. ;)

Teruskan perjalanan. Singgah kat Big Red Strawberry Farm.
Aloha. 
1st time tengok Garden Parsley ditanam. 
Kat Big Red nie bole jek nak petik stoberi. Tapi, tak nak la. Stoberi beli semalam pun bole abis makan. huhu
Sian stoberi nie. Sapa la tekan dengan kuku kan? Rongak dah dia. Sobsob.
Waffle with Vanilla Ice-Cream and Strawberry Sauce. Yumsy.

Satu lagi misi kami ialah nak jejak kaki kat Ladang Boh. Kalu bagi aku kali ke-2 la nie. Bukan apa masa last year aku datang ladang Boh nie. Memang mencabar giler. Dah la jalan dia berliku-liku. Ada certain² selekoh dia, muat-muat untuk satu keta ja. Aduh! Memang seriau la. So, we are so lucky tis time sebab datang bukan time cuti skool. Jalan pun lengang ja. And senang. :)
You can choose between the regular tarred road or using the planter's bush walk. Kami pilih untuk jalan-jalan sambil menikmati kesegaran daun-daun teh. But i don't really like the smell of the tea leaf. Erk...tah la. Even, Linda cakap wangie macam inai. Aku tak berapa gemor. :I
Semangat nak sampai kat atas. Berpeloh jugak ketiak den. Haha.
Payung stoberi yaw! :D
Subhanallah. Cantek sangat. ♥
At last. Alhamdulillah. Sampai!!!!....Masa sampai ja kat atas. Hujan pun turun dengan lebat. Fuihhhh...
Lepak-lepak sambil makan Chocolate Cake (sori tak berapa sedap la) dan Hot Teh Tarik sementara nak tunggu hujan seriat.

Puas lepak kat Boh. Kami turun semula ke tempat parking dengan berjalan ikut laluan tar pulak. Lebih senang.  

On the way balik hotel. Singgah kat Cactus Centre. Macam jenis cactus ada kat situ. Dari yang secomel² sampai la sebesor-besornya. 


Bila hujan start turun balik. Kami pun decide untuk balik hotel ja. Lagipun time dinner nanti nak pekana steamboat pulak. So, better balik bilik. Rest. Pastu get ready for steamboat time pulak. :)
Steamboat asalnya makan untuk 2 orang. Tapi, kami yang bertiga nie pun dah termonyeh-monyeh nak abiskan smua. Perh...kenyang gila. 

Abis ja. Balik bilik. Landing atas katil. Kroh...sampai esoknya. :)











Sunday, October 14, 2012

Ch-ch-chilling at Cameron Highlands:- Day 1.

Sepanjang kat CH nie, ujan berenti, ujan balik. So, memang sejuk la. Apapun, ujan langsung tak sekat aktiviti kami kat sana. Masa on the way nak carik hotel kat Tanah Rata. Kami akan melalui Pasar kat Berinchang. Pasar nie dekat sangat dengan EQ. Kat pasar nie ada jual macam² jenis vege & fruits. Sourvenir jangan cakap la. Belambak²! So, kami stop jap tuk beli oranges yang beso², manis and juicy sangat. Tak lupa beli stoberi 1 box RM10 untuk makan kat hotel nanti. :)

Macam² jenis keychain bentuk buah atau sayuran. Smua cute². Fridge magnet pun melambak. Sempat la rembat fridge magnet and stoking yang cutey :)
Sweet potatoes...aku suka yang bentuk kecik². Aku panggil keledek miniature. Hihihi
Fresh carrots...siap ngan daun dia tak dibuang lagi tu....
Fresh flower la yang paling aku geram....tapi...mama tak bagi beli... :'(

Abis beli. Truskan perjalanan. Check in hotel. Lepas Asar. Weols pun bersiap-siap untuk explore CH. Fyi, Heritage Hotel yang weols stay tue kat Jalan Gereja, Tanah Rata. So, kat area tue ada jugak kedai² yang jual souvenir or T-Shirt, kedai² makan dan Strawberry Farm yang kecil pun ada gak kalu tak silap. Tapi, tak singgah pun. Ok salah satu attraction yang ada kat Tanah Rata nie ialah Replika Gergasi Sayur²an & Buah²an yang menarik. Ramai jugak yang bila datang kat CH nie tak perasan or tak terserempak ngan replika nie. Lokasi dia pun agak tersorok.
Comel tak? Ok-ok...Buah stoberi tue...ye laaaa....
Tak bergambaq kat sini, tak sah la namanya sampai CH. Kan?

Dengan my Mama. Kali nie dia sporting sangat nak bergambo. Hikhikhik.
Masih lagi kat area Tanah Rata. Tempat nie sebelah ja ngan replika 'salad' tadi. Bertentang jugak ngan Terminal Bus Freesia, Tanah Rata.

Kami sebenarnya excited nak pi Pasar Malam Berinchang. Tapi, rupanya PM tue bukak Jumaat, Sabtu & Public Holiday ja. Lorrr? So, tak dapat la kami cuci mata kat PM. CH pun hari² biasa malam tak brapa nak happening. Lepas pekena KFC *sobsob* (kedai makan tak banyak choice) and banyak kedai tutup awal, kami pun balik hotel. 
Posing² kejap kat lobby.
Yang best kat Heritage nie dia ada macam² sofa. So, banyak la tempat boleh posing. :D

Malam yang hujan. Sejuk. Lepas berendam dalam bath tab dengan air suam-suam kuku. Preghhh...Best giler. Sarung stokin tebal yang baru dibeli. Masuk dalam selimut. Krohhh. Sedar² dah subuh. :))