بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Lama jugak aku tinggalkan blog kosong. Takdak idea nak update apa apa. Target aku nak update pasal Majlis Akikah. Tapi entah macam mana, sejak dua hari perginya Arwah Hazli. Aku terpanggil untuk tinggalkan jejak Arwah dalam blog aku. Sebagai kenangan aku dengan Arwah yang pernah jadi kawan baik aku.
Hazli Bin Hashim, aku dapat tau Arwah meninggal dari FB. Tue pun Sany yang tagged aku. Diaorang antara kawan kawan lelaki yang rapat dengan aku. Di arti kata lain. Disenangi aku. Sebab aku nie susah nak ok ok dengan budak budak lelaki masa sekolah jauh sekali kolej.
Ya, Arwah baik. Tak pernah pulak seingat aku Arwah buat jahat baik di alam sekolah, dewasa atau pun di alam FB.
Aku masih lagi bagaikan tak percaya Arwah dah pergi. Yalah bagi aku usia kami masih muda kan. Perjalanan masih jauh. Tapi, Allah lebih sayangkan Arwah. Arwah meninggal kerana heart attack. Rebah dan terus menghembuskan nafas yang terakhir. T__T
Last aku tau Arwah kerja kat Chevrolet. Lepas tue, kami jarang contact. Sesekali ada la like-mengeLike status di FB.
Sedih sangat. Tak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Kalau tak salah aku. Takdak sorang pun kawan kawan sekolah yang kunjungi Arwah. Mungkin sebab Arwah dikebumikan di Manong Perak.
Mengikut berita yang ditinggalkan di page FB, Arwah meninggal dunia pada tanggal 26 yang lalu, jam 9 malam di Manong, Perak. Dikebumikan keesokan harinya juga di Manong.
Antara pic bersama Arwah masa Reunion 2009 masih kekal dalam album FB aku. Berwajah chinese look dan ceria. Suka menyakat dan agak gila-gila.
Itulah Arwah Hazli Bin Hashim.
Al-Fatihah aku tujukan buat hang Hazli. Semoga Allah tempatkan roh hang bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin.
:'(
:'(
No comments:
Post a Comment