Masa kami meronda-ronda masuk Love Lane tembus Muntri St masuk pulak Stewart St jumpa lagi skali Love Lane. Akhirnya, terjumpa la Cheong Fatt Tze Mansion atau lebih femes dikenali sebagai The Blue Mansion. Seperti yang kita nampak sebab ape nama cenggitew...sebab kaler biru. Gitew lew gamaknye...
Nak masuk Blue Mansion nie dikenakan bayaran sebanyak RM12 (mahalkan?) Bagi aku agak mahal la sebab dalam Blue Mansion tidak dibenarkan snap-snap...sedih giler! Sebab ritu kami pegi Peranakan Mansion bole jek amik gambo...posing² maut kat dalam tue. Nanti Aku update pasal Peranakan Mansion plak. Ok bek to Blue Mansion, oleh kerana kami sampai nak dekat pukul 130pm. So, kami ikut je la tour yang disediakan. Lepas tour guide dia bla bla bla....tengok bahagian bawah umah then naik tingkat atas dan turun balik ikut la pintu kluar. Tapi lagi skali aku cakap aku lebih prefer Peranakan Mansion. Rumah dia lebih besor (taukeh dia lagi kayo kot? huhuhu) dan furniture dia lebih banyak. Ok la. Kami akur tis is a private property tapi....nak wat camno kan...dah nama pun umah orang. Ok...blue mansion nie sebenarnya ialah rumah lama. Rumah taukeh zaman dolu-dolu, kalu dah tengok umah cenggini besor of cos la pakcik kayo yang stay sini kan? Jadi daripada dibiarkan je baik dijadikan salah satu tarikan pelancong kan? Dah nama pun Pulau Pinang antara yang diikhtiraf Unesco sebagai One of the Heritage City in the World gitew. ;)
Lepas kluar dari pintu terakhir tue. Kami pun teruslah posing dan snap-snap gambor dikawasan luar Blue Mansion. Dah tue jek yang dibenarkan. SobSob...
Memula kami masuk ikut sini...
Pastu kuar ikut pintu nie :)
Apa yang dibebelkan oleh Antie sepanjang tour tue? Tah lah aku tak ingat sangat. Hahaha. Cuma yang aku ingat Kaler Biru diluar umah nie yang lebih spesifik kepada Indigo bermaksud Peace & Harmony. Tapi kan dalam umah tue ada satu tangga tau. Cantik & Classic giler tangga tue. Aku curik kat google nak letak kat sini. Hehehe..
Shophouses nie sebenarnya betul² berhadapan dengan Blue Mansion, just across the street. Ok al-kisahnya dulu, rumah 5 bijik adalah rumah² orang gaji. Amboi, rumah orang gaji sebesor nie? Nikmatnye kan jadik orang gaji. Rumah selesa giler. Tapi, skrang kebanyakkan rumah² lama camnie dah jadi shophouse, rumah tumpangan, restaurant dll. Bukan murah tau harga rumah² lama nie. Bole mencecah jutaan ringgit. Phew!
Tujuan kami datang melawat Blue Mansion tue sebab nak bergambo je. Kami kan Photonista! Hikhikhik. Sambil² tue bole tau serba sikit pasal sejarah lama (konon!) :P
Ok nanti bebila free Aku update pasal Peranakan Mansion plak. Kena korek daro gobok lama. Sure dah bersarang....hehehe
No comments:
Post a Comment