Saturday, February 23, 2013

I Have 2 Q!

When i saw my brother in law posted this pictures to his facebook. 
I was cair macam M&M.
Oh rindunya dekat kentang ku ini.
Arhhh...geram nak cubit-cubit.
Nak cium-cium!!





But when i saw this picture.



......




I CRIED!

Oh! I miss them much much much!

Friday, February 15, 2013

Apabila masa mencemburui kita...

Hati pasti remok bila ditinggalkan bukan? Aku seorang yang pelembut hati. Mudah menitis airmata. Walau terkadang mulut nie agak "jahat", tapi jauh jauh jauh didasar hati aku tidak begitu. Oh sunyinya rumah masa nie. Dua orang tutti frutti yang aku tatang selama lebih 40 hari dah balik. Ah...rindunya....Ha...kan dah nangis lagi. Rindu moment masa mandikan Adik, dodoi Adik, tidoqkan Adik....arrr rindu la. Si Abang Q plak. Segala-galanya pasal Abang dari yang prangai behave dia...sampai la yang tak brapa nak behave suka mengamok tengah malam sebab ngantuk. Adoi! I will miss u guys so much. And to you my Sis, kami smua tak pernah serik pun hampa smua ada kat sini. Sedikit pun, walau sebesar zarah tak pernah terlintas hampa 3 beranak menyusahkan kami. Kita smua bahagia kot together. Rumah pun sentiasa ceria ja. Alhamdulillah. 
Have a pleasant journey may pumpkin. :)
Mesti rindu soalan² yang Abang Q tanya. 

Semalam masa dalam keta I had a conversation with Q:-

Antie Na: Rizq nanti kalu Rizq dah balik Kota Bharu kalau Antie Na rindu Rizq cam na?
Q:...(terdiam dan terpinga)...Antie Na datang la Kota Bharu jumpa Rizq dengan moto?
Antie Na: ... ???? (moto?) Come kiss Antie Na....
Q: (trus datang and kiss Antie Na banyak kali)
Antie Na: T___T

Abang (Qaef Rizq Hidayat) is 3yo and adik (Qashaf Rizqi) baru ja 48 hari. My sis berpantang di Penang. So, lepas selesai berpantang diaorang balik semula ke Kota Bharu. 

Semoga korang Sekeluarga selamat pulang dengan selamat ke Kota Bharu. 

Salam Jumaat. Wassalam.

Apabila Yuna balik rumah.

Masa nak update entri untuk Hong Kong. Tetiba baru prasan dalam draft ada entri tertunggak "Yuna in Homecoming Concert Penang". Phew! Tue entri tahun lepas. Apadaaaa...aku nie. Bersawang  giler blog aku. So, aku publish je la.


.............

Giler ar bila Yuna balik sini (Malaysia). Lagi-lagi bila Yuna ziarah aku kat Penang. Hahaha. Bunyi sangat la poyo. Last Saturday 10 November, adalah hari yang sangat-sangat Ohsem! Yuna in Homecoming Concert at Penang Times Square!!!!...
*lompat bintang* Sangat best okeh! Serius bagi kipas susah mati Yuna macam aku. Except Ianda ok. Sebab dia bole tido-tido ayam. Sangat jahat!
Fesyen Yuna terbaru??? LOL
 
Semangat Yuna sangat menebal dalam diri. Even hujan. Bisa ku redah jua. Sediakan raincoat sebelum hujan okeh. TQ Jue sponsored raincoat untuk aku & Ianda. :)
Dapat gift dari Olay. :)
Tiket kitaorang VIP, so bole ar belagak dok bawah canopy. Sian diaorang kena main hujan. Rasa nak join jek...tapi bila fikir umor dah tak sesuai nak main ujan. Dok diam-diam bawah khemah sudah! :D
Opening act by Diandra Arjunaidi. Diandra kena banyak belajar ngan sifu dia. Huhu.
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Yeay! Penat wooo tunggu dari 5.30ptg sampai 930mlm baru Yuna muncui. Sabaq ja la. Pembukaan dengan Gadis Semasa. Arhhhh...rasa nak jerit ja. Sangat excited ok. Rasa macam tengok kat AJL masa Yuna nyanyi lagu tu. Sampai lagu kedua. Bila Jue dah start turun bawah (tak duduk dalam canopy dah), aku pun tak leh tahan. Terus join Jue. Tak leh tahan beb! Aura Yuna sangat kuat. Bye Ianda!
Antara lagu² yang Yuna nyanyi:-
  • Gadis Semasa
  • Islands
  • Coffee
  • Tourist
  • Decorate
  • Someone out of town
  • Live Your Life
  • Gelora Jiwa
  • Terukir di bintang
  • Sparkles
  • Lullabies
  • Remember my name 
  • Dan sebenarnya
  • Cinta Sempurna
  • Remember my Nama
  • After Midnight
Sedap giler Yuna bawak smua lagu² tu. Sebijik macam dalam CD. Serius.  
Kalau Yuna buat concert lagi, defenitely aku and Jue akan pegi lagi. 

Yuna, you roxs bebeh!

Thursday, February 14, 2013

Disneyland Hong (26 Nov 2012)

  Walt Disney - "Here you leave today and enter the world of yesterday, tomorrow, and fantasy."
Segala-galanya comel di Disneyland bermula dari train yang membawa weols ke Disney. OHsem-ness! ♥♥♥
Disney Hollywood Hotel.
Ish..ish..ish...Teruja tahap kungfu hustle. :)
Sila jangan berlengah² di Main Entrance kerana inilah akibatnya. Q nak berfoto dengan Mickey & Minnie panjang giler! 
Finally... :))
Waffle nie harganya HK$50. Mahal tapi tetap nak makan. ♥ it!
Popcorn, kalau tak silap its cost HK$30. Phew! -_-"
Rugi kalau tak tengok parade nie. Kat sini weols teruja tahap cute :) Lepas parade nie abis. Rasa nak nangis sebab best giler! Hahaha.

Dalam tumbler nie ada popcorn.
Lunch at The Tehitian. Dekat dalam adventureland. Kat sini ada disediakan Halal Foods. Weols makan Chicken Beriani. 

It's a Small Small World. Best!
Tarzan's House. Tak sempat masuk. Sobsob. Tapi boat rides tue sempat. Best siot!
Jack Sparrow chinese look. Lol.
I ♥ Toystoryland. Antara yang aku paling suka.
Ish ish budak manalah yang sepahkan nie...
Aku and Ianda jerit kuat-kuat. Ilang tension. Btw, best! Q pun bole tahan la. Dah la sejuk time nie.
With Jessie the cowgirl. :)
Mads Hatter The Tea Cups.
Lion King show. Wajib tengok. Best!
Last show. The Fireworks show. Nie pun buat hati rasa berat nak balik. Sedih nak melangkah ke dunia realiti. 

I really miss Disneyland. I miss everything there. I wish i'll be back when Qaef is 5 years old. :))


Macao 澳門 (23rd Nov. 2012)

1 hari trip ke Macao memang tak cukup. Kalau nak trip pulang balik HK-Macao better bertolak awal pagi. Weols sampai Macao lebih kurang pukul 1. Naik Ferry Turbojet pukul 12. Sampai di terminal Ferry Macao. Terus cari free shuttle untuk ke The Venetian. Masuk The Venetian trus terpegun dengan interior design mall tu. Rasa macam kat Italy. Ngehngehngeh.
Jumpa ja Shoppes Grand Canal nie, Weols cam....wahhhh!.... :O
Tengok la langit tu, nampak real sangat. O ohsem!
Bole jek nak nek gondola kalau mau. Tapi, tak nak bazir duit. (konon! :P)
Toilet dalam The Venetian pun...classic giler. Tapi takde maknanya nampak mewah kalau dalam toilet takde paip kan? Huhu...wet tissues item no 1 terpenting dalam beg. Ahaks!

Di luar The Venetian. It's snow yaw! And sejuk giler!
Hihi. Snow olok-olok. Tapi sejuk memang tak tipu, sebab Hong Kong & Macao dah nak winter time nie. Brrrrr!
Lepas berposing gitew-ginie kat Venetian. Naik public bus ke Largo Do Senado.
I hope 1 day I'll be back to Macao. Tak puas explore Macao.
Walaupun orang kat sini tengok kitaorang macam pelik. Maybe sebab weols berhijab kot? Ada yang siap ambik gambar curi. Well weols kan comelness. :))
Tapi, paling scary dan rasa nak lempang ialah seorang mamat Jepun yang duduk disebelah sit aku masa nak ke Venetian. Dia tenung aku atas dan bawah ok! Lama dan banyak kali. Aku wat dek jek. Kalau kat Malaysia memang dah kena lempang.