Tuesday, October 2, 2012

Antara Basikal, Dinosour, Burung dan Broken Heart.


Untuk kali ke 2 aku ke Penang Core Zone lagik. I love tis place. I love my Penang. Well sapa tak sayang negeri kelahiran kan? Kali nie aku pi Armenian Street lagi meneman Cik Linda. Cik Linda nie BFF aku kat tempat keja. Dia blom lagik menengok mural arts yang Si Zach tue conteng. :) 
So, aku pun membawakla Cik Linda pi meronda and berposing kat Armenian Street, Ah Quee Street, Muntri Street dan Love Lane. 

Wall art "Little Children on a Bicycle" nie memang fames kat Penang. Even aku & Cik Linda pi ari Isnin pun still ramai sangat local & tourist datang snap-snap gambo. Hihi belon-belon tue Cik Linda yang gigih bawak khas untuk props nak posing. :)
Masih lagi kat Armenian Street depan Amelia Cafe yang comel. Cafe tau bukan rumah kosong tak berpenghuni. Ngehngehngeh
Yang nie pulak "Boy on a Bike" & "Little Boy with Pet Dinosaur" kat Ah Quee Street. Dekat ja ngan Restoran Kapitan. Ha! next entri nanti nak cheta pasal apa yang best kat kapitan plak. :)
Last time aku datang kat Love Lane nie, public phone "Broken Heart" nie masih lagi dalam proses penceraian. Nampaknya dah rujuk. Dan "mereka" pun hidup...Happily Ever After....". The end. :))
Kali nie misi aku menjejak Mural Arts yang ada kat Penang Heritage Core Zone nie penuh excited nak carik  gambo "burung" nie jek. Akhirnya....Yes! Jumpa jugak. 
Hei annoying girl kat tempat keja aku.... "GET A LIFE!"
Betul kata Zach....our art is dying...kalau kita semua tak jaga ia dengan baik. :I
I wish Zach will come to Penang again dan ceriakan kami disini. :)
Zach skang ada kat  Brussels, menconteng-conteng kat sana. Jeles sebab dia conteng cantik sangat. Harap dia akan balik sini sambong main conteng conteng sama ini Penang k. :))

Siapa Zach? Full name dia Ernest Zacharevic. Asal dari Lithuania, artis muda yang hensem dan berbakat giler dalam mural arts nie. Beliau diberi tanggungjawab penuh "making a scene" kat jalan-jalan sekitar George Town, Pulau Pinang. Contoh macam dalam gambar-gambar kat atas tu. Hanya jalan-jalan terpilih sahaja akan "di conteng" oleh Zach. Projek kerjasama Zach dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) nie dikenali sebagai "Mirrors George Town", bersempena dengan George Town Festival 2012.

Zacharevic mulakan proses dengan cari-cari dinding yang sesuai untuk dia
"conteng", lepas dia buat survey segala. Then, lepas dia pilih, MPPP akan buatlah perjanjian dengan pemilik bangunan atau premis untuk menjalankan kerja-kerja mengecat. Start dari hari tue, ramai yang tertarik dengan mural arts Si Zach nie terutamanya pengguna traffic yang lalu lalang. Lepas dari tue, lagi ramai lah orang yang offer untuk lukis kat premis diaorang. Harap Zach akan balik kat Penang nie dan lukis lagi. Tue pun kalu ada pihak yang sudi mengsponser untuk bayor kat dia. Huhuhu.

Wednesday, September 26, 2012

Bekwok @ KL yaw!


Assalammualaikum. Haluuu....
September dah nak ujung-ujung dah. Baru update yang ke 3??! Super Duper malas ko yer. Kalau dah Capital M menguasai diri, apa pun tak boleh! :P
Ok, last week punya cheta kawen kawen blom hapdet rupanya. 15 September lepas, Cheq dengan rombongan sepupu sepapat konvoi 5 bijik kereta belumba-lumbaan tak lebih 110km/j dari highway Penang-KL. Hihihi. Bertolak dari Penang pukul 530 petang, sampai KL dalam pukul 11. Sesampai kat umah Pakcik aku kat Taman Keramat Permai, dari jauh dah nampak deretan kanopi-kanopi menutupi laluan ke rumah pengantin. Seronok rasa. Meriah walaupun dah malam dan letih dow. Aku drive solo tue! Sampai jek trus makan juadah yang kami bawak khas all the way from Penang. Ada nasi impit dalam daun pisang, ayam masak merah, kuih lopes dan macam-macam lagi la. Tak sempat nak snap sebab exicited dapat jumpa "Tutti Frutti" aku. ;)
Malam tue masing-masing tido lambat. Aku je tido pukul 330 pagi. Lepas subuh, bangun tak tido dah. Maklumla salah sorang orang penting. Hihihi. 

Ini lah pengantinnya Imran ♥ Akma Diana.
Simple wedding yet sangat sangat meriah.
Happy for them. Semoga berkekalan sehingga ke Jannah. Amin.

Nie masa diaorang Majlis Bertunang kat Terenganu, 23 Februari yang lepas.
Imran & Diana berkenalan dan menyemai benih cinta....cewah! masa diaorang study kat UM. 
Sama macam majlis kenduri.Simple tapi meriah dengan sanak saudara yang ramai sangat.
Majlis Akad berlangsung pada 1 September kat Terenganu. Kami tak attend majlis akad kat Tganu sebab kat Penang je anak pupu aku kawin gak.

"Tutti Fruitti" aku nie makan orange tah dah berapa bijik tak tau. Suka sangat dengan orange.

Anak kazen aku yang tak mesra alam. Hihihi. Tis cutey name Aleesya.

Nie adik aku (baju belang), tapi mak lain pak lain. Membesaq sama. 
Baju merah adik seperut. hihihi

Nie kazen-kazen febret aku. Walaupun, yang kazennya tue laki-laki depa. Tapi depa very close dengan aku and my sis. Geng segosip. Ahaks!

Actually ada lagi gambar tapi dalam camera adik aku. Tunggu dia berzaman nak send. *sampaibasi*


Wednesday, September 19, 2012

Happy Birthday Win!

Selamat Hari Jadi untuk satu-satunya adik perempuan yang aku ada dan aku sayang sangat. 
Tiada kata-kata atau doa yang bole aku susun kat sini khas untuk adik yang kusayang. Kerna semua kata-kata indah itu dan doa-doa itu semua telah aku utusankan kepada-Nya. Cuma Ya Allah engkau permudahkanlah proses kehamilan adikku dan permudahkan juga semasa kelahirannya nanti.
Amin.

Last but not least. 
I ♥♥♥......(infinity) very much. 

Surprise cake for my ♥ly sis.
Again...rainbow cake from ixalicious.