Sunday, August 5, 2012

Juadah Iftar untuk hari 15.

Assalammualikum. 

Alhamdulillah. Masuk dah hari ke-16 kita berpuasa. Kalau bulan Ramadhan ja, apa yang femes? Mesti la Bazaar Ramadhan kan? Aku tak brapa gemar sebenarnya nak ke Bazaar Ramadhan nie. Crowded. Parking! Bole buat tambah dosa mulut. Harga plak mak ai...agak mahal dari biasa. Pastu kalu sedap takpa la jugak kan. Nie indah rupa dari rasa. Sedih. Pastu bila tak abis, letgo dalam tong sampah. Kan membazir tue. Dah kurang pahala. -.-'

Ok. Memandangkan kemarin hari Sabtu. Hari cuti. Kat umah pun masak Mee Goreng ja. So, aku pun mengajak my lil bro pi Bazar Ramadhan Bayan Lepas. Nak membeli kuih muih skit. Buat moreh la kononnya. Masa misi window shopping kat bazaar tu, ternampak la beberapa jenis kuih yang tak penah jual and aku tak penah nampak. Nafsu kan? Nampak sedap. 
Apa lagi belilah......

Kuih Putu Perak. 6 biji RM3. 
1st time ada jual. Aku pun amik 1 set. Nampak macam Putu Piring. Tapi inti di dalam cuma nyioq (kelapa) parut ja. Kalu Putu Piring ada nyioq+gula perang. Rasa? Ok ok je la. 

Egypt Kebab RM3.
Actually nama dia yang betoi aku lupa la pulak. 
Eqypt S__ Kebab. Berintikan ayam berempah yang di grill dipotong dadu, timun, bawang & tomato. Ada mayonis & sos cili jugak. Untuk roti, nak lari dari kebiasaan. Diaorang guna capati. Sedap. Mengenyangkan. Sesuai jugak untuk yang diet. :) 
Tapi, bila tengok. Rasa bole buat sendiri nie. Nanti nak try la. One fine day :P

Nasi Lemak Ikan Bilis+Telur. RM1.20
Saja ja nak letak. Nasi Lemak biasa ja. Aku suka makan nasik lemak exspecially dibungkus dalam daun pisang. Lagi pun nasik lemak dia sedap. Alang-alang dah tengok kan? Kalu tak beli kang termimpi² plak. Hihihi.

Lain² yang Aku beli Murtabak 2 biji, Kuih Talam Keladi dan Pisang. Total perbelanjaan dalam RM30. Kalau hari² melabur duit kat Bazaar Ramadhan untuk satu family. Nampak gayanya Hari Raya makan biskut kering je la. Maklumla keje swasta kan, mana ada bonus raya. Ahaks!

OK la. Tue ja untuk ari nie. 
Last but not least.

Salam Nuzul Quran 17 Ramadhan 1433H
Mari kita sama-sama menghayati sejarah penurunan Al-Quran yang merupakan mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya.

"Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripadaSurah Al-Alaq."

Info Nuzul Quran di copy-paste from Google.

p/s: Sonok la pada yang cuti. Aku keja :'(

Saturday, August 4, 2012

Kad sweet kad... ♥

Alhamdulillah...Bila kira-kira dah masuk 2 minggu kita posa kan? Cepatnye?! Tak rasa langsung! Time-time camnie mesti ramai dok riki² kawan kat mana ada sales. Nak serbu, yelah bagi yang ada anak 4-5 orang. Parah gak beb. Baju budak je sama price ngan baju mak pak! So, time-time sales cam nie la nak membeli. Bagi aku yang dah keja nie. Baju raya tak la jadi issue sangat. Dapat sepasang baju kurung untuk pagi raya kira ok dah. Tapi nak meng'cover' bajet untuk duit raya and kuih raya tue yang...adoiyai...masak beb!

Cakap pasal persiapan raya kan? Kalu dulu la masa zaman aku muda, belia dan cun. Time-time camni dah start ajak kengkawan pi kedai nak membeli kad raya. Bajet untuk kad raya time tue, bole tahan jugak la untuk pelajar skolah cam aku kan? Mana untuk sedara-mara. Untuk BFF, of cos nak bagi yang special. Pastu untuk ehem-ehem (S.A) lagi. Ahaks. Mana yang tetiba baik ati bagi kad raya nak kena jugak balas jugak ye dok? Dah la siap tulis "Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balis (dalam maksud zaman skang "sendiri mau ingat!"). Pi mai pi mai mau dekat lima ploh hengget gak la. 


Cenggini la kan kad raya zaman-zaman aku dulu. Dah sibuk carik kad raya. Mana nak beli stem plak dah. -.-" Nak pos pun kena cepat. Kalu tak pakai la lepas raya baru la Abg Posman antor. Dah basi...takde feel dah...Huhu...

Kalu zaman skarang. Smua jadik malas. Main sms jek. Yang aku paling benci sms berpantun-pantun bagai. Bukannya aku baca pun. Trus ja aku reply "Salam Lebaran dari 'Aku'. Send. 

Kadang rindu jugak momen masa zaman dulu kan? *sigh*.....Memori terindah la katakan. Aku nie kira untungla. Born in 80's beb! Banyak sangat benda klasik yang generasi skarang tak dapat rasa camna kami rasa. Rindunya zaman muda. Sob sob. 

Anyway, bukan nak membebel sangat ape pun. Just nak share kat sini. Family Tok Papa (which is Papa aku) dapat kad raya tahun nie! Yeayers! 

 Dari sapa lagi? Dari one and only cucu Tok Papa & Tok Ram. All the way from Kota Bharu. Kad raya yg di custom made kan oleh sapa lagi one and only Bro In Law aku la. Macam la tak balik raya. Hahaha. Diaorang kan dok jauh... "New Castle". ahaks! Dah siap tempek kat peti ais dah. Hehehe.

Kata-kata diblakang kad. :)

Rasa-rasa tue ja kot kad raya 'hardcopy' yang akan sampai kat umah Aku selain kad raya mak aku dapat dari Wah Chan. LOL.

Thanx Qaef & Family. We ♥ it! :)



Friday, August 3, 2012

Hari eskrim sandwich ado?

Kemarin,2 August adalah National Ice-Cream Sandwich Day kat US. Macam-macam la depa nih. Hihihi. Aku memula tue cam blur la jugak. Camna ke ghopa nye makanan itew? Bile cheq Google. Owh! gitew ke?
Telan ayaq lioq. Glup!

Oh...eskrim dikapit dengan cookies ka. Patut la panggie eskrim sandwich. Dedulu, masa time kanak² aku, kalu pi kat tepi pantai atau taman. Mesti ada orang juai eskrim camni jugak . Tapi kapit dengan bun. Kalu untuk kanak² abih sedap dah la time tu. Tapi, untuk umor skrang nie. Tak nak dah la eskrim cenggitu. Hahaha. Yang layan BR dan TuttiFruiti ja. Ahaks!


Bila di scroll lagi dan lagi... Hampir menitik² ayaq lioq cheq. Sungguh tempting bagi pengemor eskrim cam cheq nie. Adoila....
Rashberry Ice-Cream.....peberet tue...huhu
Agak-agak kat Disney ada jual tak nanti cenggini? ;)
Comelnya.....Ops! Tak prasan ada oink-oink la. Loqlaq tau!


Dalam cuaca yang srba panas dan berjerebu nie. Sangat enak bila memakan eskrim-eskrim seperti ghope di atas. La...makan apanya! Posa! *tepokdahi40x*