Sunday, March 17, 2013

Ole-ole dari Chinatown, Singapore.

Kalau nak pergi merantau (ayat tak bleh blah), wajib buat research dulu tentang sesuatu tempat. Nanti takde la macam itu tak tau ini tak tau. So, before trip to Singapore nie. Aku and kengkawan memang banyak buat research tentang tempat² menariks kat Singapore. Termasuk la nonton Mad Markets. :) Pasal Chinatown nie, kitaorang memang excited nak pegi bila terbaca info yang Kaki Berangan bagi. Bangunan yang dijaga dan dihias cantik menambahkan lagi keterujaan kami untuk bergambar. 
Chinatown sangat sesuai untuk membeli ole-ole buat yang tersayang di Malaysia. Hihihi. 
Sambil snap-snap bole la beli apa yang menarik. Untuk Adik-adik ku yang tersayang. Nah kakak beli kan T-shirt sorang satu. Pi main jauh-jauh. Shuh! :)) 
Kalau nak kualiti fabrik T-shirt yang ok skit beli la yang SG$10. Kalu nak beli untuk ramai kesayangan hamba beserta bajet yang so-so. Bole la beli yang 3pcs-SG$10. Janji beli kan? :))
Saya kan penggila Fridge Magnet. Harusla beli seketui dua buat yang tersayang jugeks! ;)
Kitaorang pandai bodek akak yang jelita kat 1 kedai tu. Rasanya nampak dia sorang ja Melayu kat situ. Dapat la beli 8pcs-SG$10. Terrer tak kitaorang??? Ngeh3x...
Bila dah shopping memang tak ingat nak penat, panas dan lapar. Hahaha. Itulah kitaorang. dan bila dah rasa lapar sangat. Baru la sedaq jam dah pukul 4 petang. Phew! Last makan pukul 9pagi kot. Tue pun makan kacang pool ja kat JB. So, kitaorang pun tanya² la akak kedai tadi kat mana kitaorang bole jumpa Halal Foods. So, akak tue suruh kitaorang pegi tengok kat Maxwell Market. Situ ada Foodcourt.
Jangan kaget ok. Foodcourt tue memang penuh dengan Chinese Foods. So, jalan ke belakang foodcourt, bahagian hujung ada Mamak Stall. Kitaorang makan Chicken Beriani SG$4.50 seperti gambar di atas. Fyi, kat area Maxwell Market tue pun banyak bangunan heritage yang cantik². Tapi kitaorang tak sempat nak snap pun sebab dah pukul 5ptg. Van dah tunggu. Sobsob. 
Bangunan nie kitaorang snap masa dalam van. Cantik! Kaler maler tingkap dia. 
I ♥ Singapore. Hehehe.

No comments:

Post a Comment