Thursday, May 30, 2013

Korban Kambing & Berkenduri.

26 March yang lepaih. Family ku berkenduri lagi! Kali nie buat kesyukuran masuk rumah  baru yang tak berapa nak baru kot. Haha. Skaligus Akikah untuk Qashaf dan Mommynya skali. 

So, a day before kenduri. Kena pi select kambing dulu. Amboi select kau. Haruslah...Nak jamu kat orang mesti la yang hensem kambengnya. :D
Qaef hang bukan main lagi pokpek nak keipak kambing la. Cincang cincang lah. Bila sampai, hah trus berdukung tak mau turun. Penakut yang amat. Macam nie la dia bila bawak pi Zoo Negara, kata mummy dia. Penakut. Sembang ja buat rancak! LOL.
Kambing nie semua kan. Bukan main lari berjabu bila Ery & J masuk kandang. Dah bole rasa agaknya instinct kena korban kot?
Ada yang penyayang pada haiwan. Huhu. 
Selamat sudah. Alhamdulillah. Sekoq kambeng. Sekoq Kibas. Ku jauhkan perasaan kesian sebab nak makan daging dia. Ngehngehngeh.
Win kata: Takpa, depa akan masuk syurga.
Ery: Adakah binatang yang tak masuk syurga?
Kami: Tettttt! -___-'
Kibas di golek
Kambing di gulai. 

Aku memang dah pasang niat dah. Nak buat candy buffet masa majlis nie. Plan la macam-macam. Tapi akhirnya nie la yang jadi kenyataan. Aku memang kalut dan bz masa kenduri nie. 
Sampaikan....typo error. MAJLIS jadi MALJIS. Adoi!

Dah tue, nama Qashaf jadi Qahsaf. Kuang3x.
My all time favourite cuppies from Awin Cupcakes. So cute design dia buat kali nie. Aku request yang sesuai untuk akikah. So, dia buat la yang ala² baby shower.
Thanks to Masri my BFF yang tolong buat mallowpops. Lupa nak snap gambar mallowpops tue. Alamak!
Qashaf dan Zara. Cuba dikenenkan. Tapi Zara belom bersedia. Haha. 
Kazen-kazen yang sudi datang. Sebab tue kitaorang tak racist. :)

Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar. Makanan dan kambing² smua abih licin. Alhamdulillah. Tu yang kami nak. Tiada pembaziran. Yang penting semua happy. Silaturrahim pun bertambah erat. Walaupun ada perbezaan pendapat mengenai Akikah nie. Kami dah buat research kot. Aku pun dah baca info melalui blog Ustaz Zaharuddin. So, segala kemusykilan telah mendapat jalan penyelesaian. Islam Agama yang mudah. Cuma kita sahaja yang menyukarkannya. Wallahualam. 

Wednesday, May 29, 2013

Yang Pergi Tetap Pergi.


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Lama jugak aku tinggalkan blog kosong. Takdak idea nak update apa apa. Target aku nak update pasal Majlis Akikah. Tapi entah macam mana, sejak dua hari perginya Arwah Hazli. Aku terpanggil untuk tinggalkan jejak Arwah dalam blog aku. Sebagai kenangan aku dengan Arwah yang pernah jadi kawan baik aku.

Hazli Bin Hashim, aku dapat tau Arwah meninggal dari FB. Tue pun Sany yang tagged aku. Diaorang antara kawan kawan lelaki yang rapat dengan aku. Di arti kata lain. Disenangi aku. Sebab aku nie susah nak ok ok dengan budak budak lelaki masa sekolah jauh sekali kolej.

Ya, Arwah baik. Tak pernah pulak seingat aku Arwah buat jahat baik di alam sekolah, dewasa atau pun di alam FB. 

Aku masih lagi bagaikan tak percaya Arwah dah pergi. Yalah bagi aku usia kami masih muda kan. Perjalanan masih jauh. Tapi, Allah lebih sayangkan Arwah. Arwah meninggal kerana heart attack. Rebah dan terus menghembuskan nafas yang terakhir. T__T

Last aku tau Arwah kerja kat Chevrolet. Lepas tue, kami jarang contact. Sesekali ada la like-mengeLike status di FB. 

Sedih sangat. Tak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Kalau tak salah aku. Takdak sorang pun kawan kawan sekolah yang kunjungi Arwah. Mungkin sebab Arwah dikebumikan di Manong Perak.

Mengikut berita yang ditinggalkan di page FB, Arwah meninggal dunia pada tanggal 26 yang lalu, jam 9 malam di Manong, Perak. Dikebumikan keesokan harinya juga di Manong. 


Antara pic bersama Arwah masa Reunion 2009 masih kekal dalam album FB aku. Berwajah chinese look dan ceria. Suka menyakat dan agak gila-gila. 
Itulah Arwah Hazli Bin Hashim.

Al-Fatihah aku tujukan buat hang Hazli. Semoga Allah tempatkan roh hang bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin.  
:'(

Sunday, April 21, 2013

Sepotong Pizza untuk Diri yang Stress!

Malam Ahad yang tenang. Brup! Alhamdulillah...Baru lepas makan pizza 'buatan rumah' lagi! Masuk arini dah kali ke empat. Yeay! Macam tak percaya diri sendiri boleh buat pizza untuk dimakan seisi keluarga. Bangga jadi diri sendiri. Walaupun pizza ku tak secanggih pizza hut dan tak so seksi macam pizza Domino. Tapi aku tetap puji yang pizza aku sodap kau! Hahaha. 

 Comel tak pizza cutter? Daiso ok. Segalanya kawaii di Daiso! :))
Close up and personal. XD

Friday, April 19, 2013

Main conteng² ek?!!


Somewhere in Penang....
Entri tertunggak. Baru perasan dalam draft ade picca² ini. 
Motif? Kot² Ianda mau datang sini lagi. Nasik kandaq?
XD

Tuesday, April 2, 2013

Crocs Madness!

Khusus untuk si pengila Crocs. Bila ada warehouse sales ditempat anda. Serbu-lah! Wajib! Sebab memang berbaloi beli. Beli lebih dari 1 ok. Sebab anda tidak akan menyesal. :))
 
Dapat grab satu Carlie Flat-Fuchia/Ultraviolet. Dah pakai.
Sangat comfy. ♥
Untuk si kecil tidak dilupakan. Chameleons Clog "I Change Colour". Masih tak faham apakah "I Change Colour". Bila balik google baru tau.
Oh! Bole tukar colour meh? Awesome! Bila kena cahaya matahari bole jadi colour ijau la! Double awesome! :))
Sudah ada satu gold-espresso leopard. Beli dengan harga RM2++. Sebab geram kat sales nie cuma RM90? WTH?! Beli lagi satu, kaler Oyster leopard sebab skang season gila leopard. :)
Adik ku yang jauh di ober the sea (kelantan darul naim) pun pesan. Sori nie saja size yang tinggal untuk yang berkaki size 5. Carlisa flat-Aqua.

Total damage-RM285
Kalau kat butik mau RM500 ke atas jugak. Fikir 150juta kali baru beli. Tak pun menang Fear Factor 200k baru gembira nak borong kat butik. Kan? 

P/S: semua gambar dari Google. 

Hasya 4th Bday Bash!

24.03.2013 besday girl Si Hasya anak my BFF, Sri. Dah besaq anak dara nie. Rasa macam semalam dok dalam stroller lagi. uhuk-uhuk. Bertema kan pink+white ala princess princess comey. Tapi besday gegurl sorang ja yang ala ala princess bellerina. Hihi. Kitaorang yang datang cuma ada skit skit ja pinky sana sini. :)
Mama besday girl yang buat. So creative-nye!
Princess Mia Qashrina Hasya ♥
Candy Mandy Moore :P
Sausage cocktail yang aku ngap beberapa cocok. :D 
Antie² and besday gegurl. :))
Birthday party start pukul 3pm. Tapi 230 weols dah tercatok kat sini. Hihi. 1st VIP guess yang sampai :) 
Bila dah gather apa lagi. Chit chat and gossipping sampai pukul 7 lebih baru angkat punggung nak balik. Haha. 
Hamboi banyaknya present depa.... Antie² beli smua present yang ala ala princess untuk Hasya. Malam pun tidoq ngan present ek. Hai la...
Tetiba besday kek boboiboy la pulak kan? Larik tema la. Tapi dah besday girl nak camtu.Gasak la. Janji tiup lilin kan? 
Happy Birthday Hasya. Semoga Hasya jadi anak yang clever dan solehah untuk Mama Sri & Papa Nuar. Amin. :))
We ♥ You! 

Sunday, March 24, 2013

Pizza "buatan rumah" oleh ku.

Aloha, Happy Sunday! Semalam menjinak jinakkan diri ke dapor. Saya telah memasak pizza. What??? Ya! :O 
1st time masak pizza you! Pizza hottts gitew! Dapat resepi jangan disia-siakan. Manfaatkan ilmu yang telah beri. :D Alhamdulillah. Berkat kesabaran -_-' semalam dengan jayanya aku berjaya membuat 3 bijik pizza. Yeeha! :))
Tsk tsk. Akibat kelam kalutnya aku, lupa nak tabur tabur manja oregano. Sigh.  
Pizza empat segi petak hihi.
Adakah ia dibakar terus dari oven? Oh tidak. Saya guna pan grill? Masak pizza guna pan grill jerhh? Betul! Tarak tipu! 15 minit je kot? Ha...Terer tak pemanggang ajaib nie?
Tak sia-sia beli. Ada lagi satu resepi harus nak cuba jugak. Kek marble. Masak dalam pan grill jugak? Yes! Tunggu.....


Thursday, March 21, 2013

Danke! :)

Danke maksudnya Terima Kasih dalam bahasa German. Teman sekerja baik hati beri ole ole  bila sang suami ada business trip di German. Baik kan? Saya suka sebab ada fridge magnet. Yeay! Tambah lagi koleksi yang ada. Tenkui tenkui. Saya suka!

P/S: Waffle mini tue sangat sedap. Serius. ♥

Tuesday, March 19, 2013

USS oh la la... :)

Aku dan kenangan di Universal Studio Singapore (12.02.2013) 

Rombongan Cik Myra ke USS yaw!

Direct from NY Hotel JB terus ke USS.
Package yang sangat ok RM336.
(Stay for 3D2N+Breakfast+Shuttle to USS+USS ticket).

VIP Coach with massage seat yang sangat comfy. Siap ada tv. Tapi memasing tak tengok pun. Sebab dok kusyuk tengok jalan JB sampai la ke Sentosa. Dalam kotak fikiran nie dok USS oh USS! Sangat gediks!
Wajib ambik gambar depan globe nie. Takde gambar depan nie, bukan jejak USS la namanyeeee...
Rugi...rugi...rugi...tak naik 3 4 kali. Nanges. Best gila nak habaq hang. The best 4D Ride in my life. Haha. Padahal nie yang 1st. Huhu. Tapi serius best ko. Best la memang best.
Jumpa semua character memang tak miss amik gambo. Bukan senang kot nak jumpa kat tepi tepi jalan kalau tak kat USS jerh! Haha...yang nie, Army of Anubis walaupun menakutkanku. Dia gempaq cheq abih satu USS cheq keriau. Jahat budak jahat! Huhu.
Tak sia sia study pasal USS 3 purnama. Kelasss! Hingga kami readykan raincoat sebelom lencun. Haha. Kat Waterworld and Jurassic Park Rapid Adventure, Wajib pakai Raincoat! Kalau tak basah Mak Jemah bertiga. KAlau takmo pakai pun bole. Sila duduk row paling atas sekali iaitu line colour coklet :D 
Adakah itu lambaian kegembiraan sebab tak lencun? Haha. Mamat tu dan 2 orang Chinese? Jepun? Korea? entah la. Lencun kot! Maybe diaorang tak tau akan jadi lencun sebegitu. Sekian. 
Kalau basah pun takpa. Relax. Chill. Ada drying pods (mengeringkan lengai "bijik benih"). Hoh? Apakah? Hehe. Kelakar sungguh. Ada mesin untuk mengeringkan badan anda. 5 dollaer jer... :P
Masuk smua merchandise shop di semua section. Lepas tue mengila bila tengok Fridge Magnet yang cute segala. Orang lain aku tak tau. Tapi, langkah masuk saja. Mata terus melilau carik FM. Saya beli 5 ketui FM USS. Yippie!
Jue and Linda beli Tumbler Shrek yang cute tue. Menyesal pulak tak beli. Tsk tsk.
Grrrrr!....Cak! Tumbler TRex untuk yang tersayang. SG$19.80 fill with coke. Kalau dah sampai USS beli je apa yang teringin. Bukan nak datang selalu kan? Huhu.
Late lunch at Mel's Drive-in, Hollywood. Double cheese meal set nie berharga SG$13.50. Kenyang sangat. Lepas makan sambong jalan pegi tengok Shrek 4D pulak. Best!
Perlu "charge" bateri sebab tenaga vocal yang lantang diperlukan semasa naik ride macam nie. Haha. Nie baru yang kecik. Belom yang super cuak macam kat Sci-fi city tu. Dasar anak kecik! Haha.

Frust frust frust. Dalam smua benda best dalam USS nie. Aku sangat frust sebab tak nampak kemunculan Shrek and Princess Fiona. Dapat ambik gambar rumah Shrek pun jadik la. Sobsob.

Lagi...gambar² momen beronok ronok bersama rakan rakan. :)

Balance Sing-dollar nak buat apa? Singgah dulu Hard Rock Cafe beli ole-ole untuk diri sendiri mahu pun untuk yang tersayang. :))

Aku akan kembali ke USS bersama Ianda. So, Ianda get ready bebeh! ;)