Sunday, October 28, 2012

Dalam surathabaq???

Ohmai!...masuk surat khabar? Tak pernah termimpi nak jadik sepopular itu okeh! LOL
Bunyik sangat poyo. Tapi itula hakikatnya. Haha. 




















Ada yang cakap cam Elfira yang beria nak salam dengan I. Ahaks. 
Sebenaqnya, Si cutey Elfira tunduk skit tanda respect to weols yang akak-akaks sudi bergambo dengan dia. 
And ada yang cakap pulak. Iols macam mak datin. Choi! Kalau dapat title datin dengan datuk bujang i mau jeks. Amin. LOL. Apapun pertemuan dengan Elfira tue memang tak dapat dilupakan. Semoga Elfira menang di malam ASK nanti. Elfira! Kekal peramah k! :)


Friday, October 26, 2012

Dedicated to: My BFF.

Dear, BFF.

You know who you are la kan. Sure punya. At this time, i just rindu you la. As my phone kena barred lagi. So boring here at tis malam raya. Dan jiwa masih lagi "tergezut" dengan muka ku yang tak semenggah yang masuk suratkhabar itu. Hendak ku text mu, tapi apa kan daya. Hendak ku phone mu. Takut mengacau pulok. Suddenly terjumpa tis Quote. So, i gave it tue you my BFF.

"No need for revenge. Those who hurt you will eventually screw themselves up. And if you're lucky, God will let you watch."

Aku tau mesti berat apa yang ko nak berdepan dalam masa terdekat nie. Tapi, ko tau kan kitaorang semua sayang ko. Harap ko kuat ok. Kalau ko kuat, aku pun kuat ok. ♥ u buddy! :)


Menangis itu ok. Sebab normal manusia yang terlalu sedih atau terlalu gembira akan menitiskan airmata. Kalau kita tak punya rasa itu. Kita tak normal la. Just cry bebeh, ko akan rasa ok. Mungkin tak total sembuh. Tapi it's work sometimes. Try k.

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidil Adha 2012



Ya Allah, give us the chance to go to Hajj, someday. Allahumma amin.



Credit to: iluvIslam

Tuesday, October 16, 2012

Ch-ch-chilling at Cameron Highlands:- The Smokehouse.

Tetiba entri bulan nie banyak la puleks. Kelas iols. Macam nie kena jenjalan selalu. Baru la ada menda nak selit dalam nie. Kalau tak bersawang belog tak dihapdit. Kesian iols. Ahaks.
Ingat lagi Filem Impian? Sapa yang hardcore Azhar Sulaiman & Amy Mastura mesti ingat jalan cheta filem nie. Actually, Aku penah tonton filem nie. Tapi, memang tak ingat langsung pasal lokasi kat mana filem nie. Cik Linda teringin sangat nak tengok lokasi filem nie. The Smokehouse. Kebetulan, aku pun memang tringin jugak. Bukan sebab Impian. Tapi sebab aku memang suka yang ala-ala english country home. Aku penah google dan ternampak tempat nie. Cuma tak sempat singgah ja masa sblom² nie datang CH. 

Rumah yang ala-ala inggeris jugak. Siap ada public phone macam kat London.
Nie la The Smokehouse Hotel & Restaurant. Sangat English Style.
Ops! Untuk pelanggan sahaja. 
Sib baik kami tak kena halau. TQ pihak hotel sebab tak halau kami dari posing² depan hotel mereka. Ada satu taman ditepi hotel nie. Kalau tak silap ada fountain jugak. Tapi hanya untuk pelanggan yang menginap di hotel nie (weols tak mampu, *sobsob*) atau yang menjamu selera di restaurant hotel ini. 
Penah tengok kat Mr. G, interior dalam hotel nie memang English style abis. 
Suka sangat bunga purple nie. Cute.
Macam-macam jenis bunga ditanam disekitar tempat nie. So lovely.

Dua hari berturut-turut singgah sini. Ha amik kau. Sebab dah jatuh cinta dengan tempat nie. Lain kali kalau datang CH lagi. Mesti nak singgah lagi kat Smokehouse nie. :)

Monday, October 15, 2012

When retis jumpa bukan retis.

Aku ada sorang BFF yang suka sangat nengok retis dan nak snap gambo ngan retis. Hahaha. Cik Linda memang suka benor pi tempat² yang kalu ada retis bertandang untuk apa² event. Kebetulan semalam ada Roadshow Anugerah Skrin 2012 kat Gurney Plaza. So, Cik Linda apa lagi. Ajakla cheq teman dia. Aku biasa la. Aku akan snap gambo ngan retis yang aku rasa aku suka atau nak ja. :))
Tak sangka Elfira Loy sangat friendly macam nie. Bagus dia nie. Artis muda yang bole pi jauh kalu maintain ngan attitude macam nie. :)
Artis lain dah macam nak lari-lari masuk blakang stage. Si Elfira nie dok sibuk melayan fans lagi. Siap tolong angkatkan bangku masa roadshow dah abis. So sweetnya ko Elfira. Good girl! 
Dayang nampak macam malu-malu, tapi still ok untuk bergambar. Very humble nampak dia nie. Wangie RL Romance kat dia. Kalu tak silap aku la. Sebab penah pakai gak pefume tue. Dayang tinggi sebab pakai heels tinggi benau. Tapi memang tinggi skit dari aku. *ngaku je la* :D
Fida. Ermmm....cantik orangnya. Hopefully Fida maintain berhijab camnie pun dah sangat² gojes dik. :)
Faiz, dulu masa jumpa dia kat Show Faizal Tahir masa kat HardRock. Serius aku tak kenal langsung siapa Faiz. Cik Linda ja yang beria nak bergambaq ngan dia. Cik Linda cakap dia hos Muzik-muzik. Still blank sebab tak tengok muzik-muzik. Ops! AJL final ko tengok pulak ye Cik Ijau Terkoish? *kantoi* Kali nie rasa nak bergambaq dengan Si Faiz nie sebab suka tengok dia dalam rancangan Makan Angin kat TV9.
Selain retis yang aku bergambo tue. Ada Fathia, Anas Mentor, Sakinah, Zalif Sidek, Amran Ismail dan lain². Nak bergambar ngan Fathia, tapi dia menonong je kuar after show. Rushing kemana² kot pastu. Btw, dia memang gojes, kulit cantik sangat. :)
Sesi dengan fans nie aku tak naik. Malas. Lagi pun tak excited sangat aku. Kalu Dato' Siti takyah cakap la kan? :P
Masa memula sampai Dayang tengah perform. 

Over all, agak hambar skit la sambutan. Maybe sebab diaorang buat kat Gurney Plaza kot. Kalu kat Queensbay aku rasa mesti sesak. 

Apapun Elfira Loy best! :))

Ch-ch-chilling at Cameron Highlands:- Day 3.


Hari terakhir. Sobsob. I wish i can stay at CH forever. Bole? Suka sangat view kat sini. Calm ja. Sejuk dan takdak debu-debu kotor berterbangan macam kat town kan? Anyway, weols check-out dalam tengahari cam tue la. Singgah smokehouse lagi. Hahaha. Giler kan? Snap beberapa keping gambaq dan teruskan perjalanan. Singgah kat salah satu kedai untuk beli teh. Kebetulan time tue hujan lagi. Tunggu hujan nak seriat skit, tapi takda tanda² nak nak reda sikit pun. So, amik keputusan untuk teruskan perjalanan jugak.

Banyak Cik Linda borong...






Berenti lagi kat Pasar Beringchang untuk beli vege & fruits yang nak dibawa balik. Beli jugak jagung nie. Selonggok RM10 ada 12tongkol, Uncle penjual tue bagi free 1. Tue pun selepas dibodek oleh aku. Hahaha. Beli jugak oranges yang beso & manis tue. Sekilo RM7, beli 5 biji RM10. Mama beli sayoq skit.

Ha...yang specialnya kat CH nie. Ada jambu batu jeruk yang dikacuk dengan apple atau strawberry. Aku beli yang strawberry tue. 3 biji RM12 kalu tak silap. Rasa sama jugak macam jambu batu cuma ada manis+masam skit. Lupa nak snap pic. So aku ambik pic nie kat Mr.G je. *credit to www.nadhyrasidek.com*

Kiranya Pasar nie last stop kami la. Kami trus turun sampai kat RnR Sg. Perak baru berenti untuk makan and solat. Sampai Penang lebih kurang pukul 8 malam. 

Apa ja yang dibeli kat Ch?
Ubi Keledek kecil. ataupun 'Sweet Potatoes". AKu panggil keledek miniature :D 
Rasa sama jugak macam keledek biasa, cuma size ja yang kecil. Cuma rebus kejap dah bole makan macam tue ja. 
Nie pulak baby potatoes. Ubi kentang biasa cuma masih lagi bayi. Hihihi. Sama jugak macam keledek, rebus dan makan begitu sahaja.  
Aku beli Baby Potatoes sebungkus RM1. Baby Sweet potatoes pulak 4 bungkus RM10.
Macam biasa lah. Pegi mana² tempat percutian tak sah kalu tak beli Fridge Magnet kan? Nak tambahkan koleksi :))
Last but not least. Teh 'BOH' perisa Strawberry-Raspberry.  Sedappp...warna teh nie pun unik. Kaler merah. Rasa dia pun lebih kurang macam rebina :D

Ch-ch-chilling at Cameron Highlands:- Day 2.

Hari Ke-2 kat CH. Alhamdulillah pagi yang cerah. Tak hujan. Lepas subuh pukul 0630 kami trus siap² tanpa mandi. Haha. Pakai bedak skit, blusher and perfume. Hihih. Turun kat restauran, and breakfast. Oleh kerana buffet breakfast, Aku makan sekenyang-kenyangnya. Sebab taknak lapo masa pi meronda nanti. Aku nie dah la jenis kalu dah pi jenjalan, nak lagi bergambo. Tak ingat nak makan. Huhuhu.

Dah sedia untuk bergerak. Jumpa port menarik kat hotel. Benti jap. Snap-snap. :)

Geram tengok bunga-bunga purple nie. Masa nie kat depan The Smokehouse. Memang dah lama teringin nak bergambar depan Smokehouse nie. Kali nie Alhamdulilah. Impian terlaksana. Sampaikan 2 kali pi Smokehouse nie. Ciwi giler. Haha. Entri Day 3 akan cheta pasal Smokehouse. ;)

Teruskan perjalanan. Singgah kat Big Red Strawberry Farm.
Aloha. 
1st time tengok Garden Parsley ditanam. 
Kat Big Red nie bole jek nak petik stoberi. Tapi, tak nak la. Stoberi beli semalam pun bole abis makan. huhu
Sian stoberi nie. Sapa la tekan dengan kuku kan? Rongak dah dia. Sobsob.
Waffle with Vanilla Ice-Cream and Strawberry Sauce. Yumsy.

Satu lagi misi kami ialah nak jejak kaki kat Ladang Boh. Kalu bagi aku kali ke-2 la nie. Bukan apa masa last year aku datang ladang Boh nie. Memang mencabar giler. Dah la jalan dia berliku-liku. Ada certain² selekoh dia, muat-muat untuk satu keta ja. Aduh! Memang seriau la. So, we are so lucky tis time sebab datang bukan time cuti skool. Jalan pun lengang ja. And senang. :)
You can choose between the regular tarred road or using the planter's bush walk. Kami pilih untuk jalan-jalan sambil menikmati kesegaran daun-daun teh. But i don't really like the smell of the tea leaf. Erk...tah la. Even, Linda cakap wangie macam inai. Aku tak berapa gemor. :I
Semangat nak sampai kat atas. Berpeloh jugak ketiak den. Haha.
Payung stoberi yaw! :D
Subhanallah. Cantek sangat. ♥
At last. Alhamdulillah. Sampai!!!!....Masa sampai ja kat atas. Hujan pun turun dengan lebat. Fuihhhh...
Lepak-lepak sambil makan Chocolate Cake (sori tak berapa sedap la) dan Hot Teh Tarik sementara nak tunggu hujan seriat.

Puas lepak kat Boh. Kami turun semula ke tempat parking dengan berjalan ikut laluan tar pulak. Lebih senang.  

On the way balik hotel. Singgah kat Cactus Centre. Macam jenis cactus ada kat situ. Dari yang secomel² sampai la sebesor-besornya. 


Bila hujan start turun balik. Kami pun decide untuk balik hotel ja. Lagipun time dinner nanti nak pekana steamboat pulak. So, better balik bilik. Rest. Pastu get ready for steamboat time pulak. :)
Steamboat asalnya makan untuk 2 orang. Tapi, kami yang bertiga nie pun dah termonyeh-monyeh nak abiskan smua. Perh...kenyang gila. 

Abis ja. Balik bilik. Landing atas katil. Kroh...sampai esoknya. :)