Sunday, October 14, 2012

Ch-ch-chilling at Cameron Highlands:- Day 1.

Sepanjang kat CH nie, ujan berenti, ujan balik. So, memang sejuk la. Apapun, ujan langsung tak sekat aktiviti kami kat sana. Masa on the way nak carik hotel kat Tanah Rata. Kami akan melalui Pasar kat Berinchang. Pasar nie dekat sangat dengan EQ. Kat pasar nie ada jual macam² jenis vege & fruits. Sourvenir jangan cakap la. Belambak²! So, kami stop jap tuk beli oranges yang beso², manis and juicy sangat. Tak lupa beli stoberi 1 box RM10 untuk makan kat hotel nanti. :)

Macam² jenis keychain bentuk buah atau sayuran. Smua cute². Fridge magnet pun melambak. Sempat la rembat fridge magnet and stoking yang cutey :)
Sweet potatoes...aku suka yang bentuk kecik². Aku panggil keledek miniature. Hihihi
Fresh carrots...siap ngan daun dia tak dibuang lagi tu....
Fresh flower la yang paling aku geram....tapi...mama tak bagi beli... :'(

Abis beli. Truskan perjalanan. Check in hotel. Lepas Asar. Weols pun bersiap-siap untuk explore CH. Fyi, Heritage Hotel yang weols stay tue kat Jalan Gereja, Tanah Rata. So, kat area tue ada jugak kedai² yang jual souvenir or T-Shirt, kedai² makan dan Strawberry Farm yang kecil pun ada gak kalu tak silap. Tapi, tak singgah pun. Ok salah satu attraction yang ada kat Tanah Rata nie ialah Replika Gergasi Sayur²an & Buah²an yang menarik. Ramai jugak yang bila datang kat CH nie tak perasan or tak terserempak ngan replika nie. Lokasi dia pun agak tersorok.
Comel tak? Ok-ok...Buah stoberi tue...ye laaaa....
Tak bergambaq kat sini, tak sah la namanya sampai CH. Kan?

Dengan my Mama. Kali nie dia sporting sangat nak bergambo. Hikhikhik.
Masih lagi kat area Tanah Rata. Tempat nie sebelah ja ngan replika 'salad' tadi. Bertentang jugak ngan Terminal Bus Freesia, Tanah Rata.

Kami sebenarnya excited nak pi Pasar Malam Berinchang. Tapi, rupanya PM tue bukak Jumaat, Sabtu & Public Holiday ja. Lorrr? So, tak dapat la kami cuci mata kat PM. CH pun hari² biasa malam tak brapa nak happening. Lepas pekena KFC *sobsob* (kedai makan tak banyak choice) and banyak kedai tutup awal, kami pun balik hotel. 
Posing² kejap kat lobby.
Yang best kat Heritage nie dia ada macam² sofa. So, banyak la tempat boleh posing. :D

Malam yang hujan. Sejuk. Lepas berendam dalam bath tab dengan air suam-suam kuku. Preghhh...Best giler. Sarung stokin tebal yang baru dibeli. Masuk dalam selimut. Krohhh. Sedar² dah subuh. :))

No comments:

Post a Comment