Tuesday, October 2, 2012

Antara Basikal, Dinosour, Burung dan Broken Heart.


Untuk kali ke 2 aku ke Penang Core Zone lagik. I love tis place. I love my Penang. Well sapa tak sayang negeri kelahiran kan? Kali nie aku pi Armenian Street lagi meneman Cik Linda. Cik Linda nie BFF aku kat tempat keja. Dia blom lagik menengok mural arts yang Si Zach tue conteng. :) 
So, aku pun membawakla Cik Linda pi meronda and berposing kat Armenian Street, Ah Quee Street, Muntri Street dan Love Lane. 

Wall art "Little Children on a Bicycle" nie memang fames kat Penang. Even aku & Cik Linda pi ari Isnin pun still ramai sangat local & tourist datang snap-snap gambo. Hihi belon-belon tue Cik Linda yang gigih bawak khas untuk props nak posing. :)
Masih lagi kat Armenian Street depan Amelia Cafe yang comel. Cafe tau bukan rumah kosong tak berpenghuni. Ngehngehngeh
Yang nie pulak "Boy on a Bike" "Little Boy with Pet Dinosaur" kat Ah Quee Street. Dekat ja ngan Restoran Kapitan. Ha! next entri nanti nak cheta pasal apa yang best kat kapitan plak. :)
Last time aku datang kat Love Lane nie, public phone "Broken Heart" nie masih lagi dalam proses penceraian. Nampaknya dah rujuk. Dan "mereka" pun hidup...Happily Ever After....". The end. :))
Kali nie misi aku menjejak Mural Arts yang ada kat Penang Heritage Core Zone nie penuh excited nak carik  gambo "burung" nie jek. Akhirnya....Yes! Jumpa jugak. 
Hei annoying girl kat tempat keja aku.... "GET A LIFE!"
Betul kata Zach....our art is dying...kalau kita semua tak jaga ia dengan baik. :I
I wish Zach will come to Penang again dan ceriakan kami disini. :)
Zach skang ada kat  Brussels, menconteng-conteng kat sana. Jeles sebab dia conteng cantik sangat. Harap dia akan balik sini sambong main conteng conteng sama ini Penang k. :))

Siapa Zach? Full name dia Ernest Zacharevic. Asal dari Lithuania, artis muda yang hensem dan berbakat giler dalam mural arts nie. Beliau diberi tanggungjawab penuh "making a scene" kat jalan-jalan sekitar George TownPulau Pinang. Contoh macam dalam gambar-gambar kat atas tu. Hanya jalan-jalan terpilih sahaja akan "di conteng" oleh Zach. Projek kerjasama Zach dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) nie dikenali sebagai "Mirrors George Town", bersempena dengan George Town Festival 2012.

Zacharevic mulakan proses dengan cari-cari dinding yang sesuai untuk dia
"conteng", lepas dia buat survey segala. Then, lepas dia pilih, MPPP akan buatlah perjanjian dengan pemilik bangunan atau premis untuk menjalankan kerja-kerja mengecat. Start dari hari tue, ramai yang tertarik dengan mural arts Si Zach nie terutamanya pengguna traffic yang lalu lalang. Lepas dari tue, lagi ramai lah orang yang offer untuk lukis kat premis diaorang. Harap Zach akan balik kat Penang nie dan lukis lagi. Tue pun kalu ada pihak yang sudi mengsponser untuk bayor kat dia. Huhuhu.

2 comments:

  1. I don't care it still exist or not but make sure on November you bring me there ;)

    ReplyDelete