Assalammualikum.
Alhamdulillah. Masuk dah hari ke-16 kita berpuasa. Kalau bulan Ramadhan ja, apa yang femes? Mesti la Bazaar Ramadhan kan? Aku tak brapa gemar sebenarnya nak ke Bazaar Ramadhan nie. Crowded. Parking! Bole buat tambah dosa mulut. Harga plak mak ai...agak mahal dari biasa. Pastu kalu sedap takpa la jugak kan. Nie indah rupa dari rasa. Sedih. Pastu bila tak abis, letgo dalam tong sampah. Kan membazir tue. Dah kurang pahala. -.-'
Ok. Memandangkan kemarin hari Sabtu. Hari cuti. Kat umah pun masak Mee Goreng ja. So, aku pun mengajak my lil bro pi Bazar Ramadhan Bayan Lepas. Nak membeli kuih muih skit. Buat moreh la kononnya. Masa misi window shopping kat bazaar tu, ternampak la beberapa jenis kuih yang tak penah jual and aku tak penah nampak. Nafsu kan? Nampak sedap.
Apa lagi belilah......
Kuih Putu Perak. 6 biji RM3.
1st time ada jual. Aku pun amik 1 set. Nampak macam Putu Piring. Tapi inti di dalam cuma nyioq (kelapa) parut ja. Kalu Putu Piring ada nyioq+gula perang. Rasa? Ok ok je la.
Egypt Kebab RM3.
Actually nama dia yang betoi aku lupa la pulak.
Eqypt S__ Kebab. Berintikan ayam berempah yang di grill dipotong dadu, timun, bawang & tomato. Ada mayonis & sos cili jugak. Untuk roti, nak lari dari kebiasaan. Diaorang guna capati. Sedap. Mengenyangkan. Sesuai jugak untuk yang diet. :)
Tapi, bila tengok. Rasa bole buat sendiri nie. Nanti nak try la. One fine day :P
Nasi Lemak Ikan Bilis+Telur. RM1.20
Saja ja nak letak. Nasi Lemak biasa ja. Aku suka makan nasik lemak exspecially dibungkus dalam daun pisang. Lagi pun nasik lemak dia sedap. Alang-alang dah tengok kan? Kalu tak beli kang termimpi² plak. Hihihi.
Lain² yang Aku beli Murtabak 2 biji, Kuih Talam Keladi dan Pisang. Total perbelanjaan dalam RM30. Kalau hari² melabur duit kat Bazaar Ramadhan untuk satu family. Nampak gayanya Hari Raya makan biskut kering je la. Maklumla keje swasta kan, mana ada bonus raya. Ahaks!
OK la. Tue ja untuk ari nie.
Last but not least.
Salam Nuzul Quran 17 Ramadhan 1433H
Mari kita sama-sama menghayati sejarah penurunan Al-Quran yang merupakan mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya.
"Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripadaSurah Al-Alaq."
p/s: Sonok la pada yang cuti. Aku keja :'(
Sedapnyee kuih putu tuuu! :D :D
ReplyDeleteBole...la...rupe je sedap.. :))
Delete