Aku ada satu masalah pada kulit. Iaitu masalah kulit kering kecuali bahagian muka. Kulit kering yang paling obvious sangat kat bahagian tumit kaki. Phew! Sangat kasar dan agak merekah yaw! Malu siot bila pakai sandal/sliper . Tuela bila mak pesan dari kecik....makan sayoq...makan sayoq. Takmo dengaq. Nie la akibatnya bila dah besaq kulit pun...nak sebut pun malu....tak santek sangat lor. Nak lagi pulak, Aku nie pemalas tahap gaban nak pakai lotion bagai. Time rajin bila memula beli jek. Bak kata orang Penang dok pulun pakai dan pakai dan pakai lepaih tue, menda alah tue akan dok diam² depan cermin solek sampai berhabok. -.-"
Camni lah lebih kurang tumit aku (sumber dari google). Malu beb nak snap gambar tumit aku yang crack tue. Giler ko nak expose kat blog. LOL.
Pastu, bila dah rasa kronik bagai gambar di atas. Mula la terkedek² masuk Watson or Guardian carik product menyemboh. Aku nie keja biasa jek, gaji pun kecil-kecilan. So, carik lotion/cream yang bajet² jek (ke_ _kut). Huhuhu. My mama yang kulit kaki dan anggota lain dijaga rapi. Suggest pakai jek Cream Nivea dalam tin biru. Berkurun lamanya Mama guna sangat efektif. Betoi la! Lebih mujarab lepas sapu pakai stoking. Licinnnnn.....Murah dan mampu milik la. Yang kecik tak sampai pun RM10. Aku suka beli yang cinonet sebab tak memberatkan bag.
Kesukaan sepanjang zaman...Kalu travel mesti bawak. Ada je dalam handbag.
Lepas tue bila kemalasan melanda kembali. Biar jek kaki ku cenggitu.............................Tiba la di suatu ketika:
Win (my lil sis): (Situasi-sedang menyapu cream di tumit kakinya dan anaknya)
Aku: Dok sapu guna cream apa tue?
Win: Foot cream Body Shop.
Aku: Tengok sat! Ok x hang guna?
Win: Ok. Baguih la cream nie. Berkesan.
Aku pun dengan tak sabaq-sabaqnya. Pi la menterjah BS dan trus beli foot cream itew. Yeay! Happy!
Kat BS ada dua ja jenis untuk Foot Cream. Hemp & Peppermint. Adik Aku guna yang Hemp Foot Protector, tapi aku tak suka bau dia. So, Aku beli Peppermint sebab bau dia ok la dibanding dengan Hemp. Lagi satu sebab bekas dia kaler pink. Hihihi. Peppermint Cooling Foot Rescue Treatment dijual dengan harga RM49 (phew! Si bajet-bajet jimat beli cream mahal. Mahal la sangat! :P ) 1st time guna kaki rasa sejukkkkk....macam feel makan chinggam nyehnyehnyeh. Lepas beberapa hari ja dah mula nampak result dia. Memang cepat la berkesan. Serious.
Walaupun tumit aku tak la secantik kaki model nie. Tapi aku gembira. Walla. Tumit saya licin. Yes! Yes! Tak sia-sia spend 49 hengget. Hahaha. Kadang-kadang Si Notti-notti nie sapu kat tapak tangan je, licin siot. Hihihi.
Apa salahnya kan? Untuk barang yang baik dan berkualiti. Even mahal skit, berbaloi-baloi. Daripada beli yang konon advertising giler-giler tapi result hampeh. Nie jek yang Aku rasa nak share kali nie. Sesaje syiok-syiok. Sekian. Daaaa....
Mcm hebat jek produk awak pakai nie. Saya mcm tergedik2 nak beli jugak ok. Hehehe....
ReplyDeleteTry la D...mmg berkesan... :)
Delete