Thursday, May 30, 2013

Korban Kambing & Berkenduri.

26 March yang lepaih. Family ku berkenduri lagi! Kali nie buat kesyukuran masuk rumah  baru yang tak berapa nak baru kot. Haha. Skaligus Akikah untuk Qashaf dan Mommynya skali. 

So, a day before kenduri. Kena pi select kambing dulu. Amboi select kau. Haruslah...Nak jamu kat orang mesti la yang hensem kambengnya. :D
Qaef hang bukan main lagi pokpek nak keipak kambing la. Cincang cincang lah. Bila sampai, hah trus berdukung tak mau turun. Penakut yang amat. Macam nie la dia bila bawak pi Zoo Negara, kata mummy dia. Penakut. Sembang ja buat rancak! LOL.
Kambing nie semua kan. Bukan main lari berjabu bila Ery & J masuk kandang. Dah bole rasa agaknya instinct kena korban kot?
Ada yang penyayang pada haiwan. Huhu. 
Selamat sudah. Alhamdulillah. Sekoq kambeng. Sekoq Kibas. Ku jauhkan perasaan kesian sebab nak makan daging dia. Ngehngehngeh.
Win kata: Takpa, depa akan masuk syurga.
Ery: Adakah binatang yang tak masuk syurga?
Kami: Tettttt! -___-'
Kibas di golek
Kambing di gulai. 

Aku memang dah pasang niat dah. Nak buat candy buffet masa majlis nie. Plan la macam-macam. Tapi akhirnya nie la yang jadi kenyataan. Aku memang kalut dan bz masa kenduri nie. 
Sampaikan....typo error. MAJLIS jadi MALJIS. Adoi!

Dah tue, nama Qashaf jadi Qahsaf. Kuang3x.
My all time favourite cuppies from Awin Cupcakes. So cute design dia buat kali nie. Aku request yang sesuai untuk akikah. So, dia buat la yang ala² baby shower.
Thanks to Masri my BFF yang tolong buat mallowpops. Lupa nak snap gambar mallowpops tue. Alamak!
Qashaf dan Zara. Cuba dikenenkan. Tapi Zara belom bersedia. Haha. 
Kazen-kazen yang sudi datang. Sebab tue kitaorang tak racist. :)

Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar. Makanan dan kambing² smua abih licin. Alhamdulillah. Tu yang kami nak. Tiada pembaziran. Yang penting semua happy. Silaturrahim pun bertambah erat. Walaupun ada perbezaan pendapat mengenai Akikah nie. Kami dah buat research kot. Aku pun dah baca info melalui blog Ustaz Zaharuddin. So, segala kemusykilan telah mendapat jalan penyelesaian. Islam Agama yang mudah. Cuma kita sahaja yang menyukarkannya. Wallahualam. 

Wednesday, May 29, 2013

Yang Pergi Tetap Pergi.


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Lama jugak aku tinggalkan blog kosong. Takdak idea nak update apa apa. Target aku nak update pasal Majlis Akikah. Tapi entah macam mana, sejak dua hari perginya Arwah Hazli. Aku terpanggil untuk tinggalkan jejak Arwah dalam blog aku. Sebagai kenangan aku dengan Arwah yang pernah jadi kawan baik aku.

Hazli Bin Hashim, aku dapat tau Arwah meninggal dari FB. Tue pun Sany yang tagged aku. Diaorang antara kawan kawan lelaki yang rapat dengan aku. Di arti kata lain. Disenangi aku. Sebab aku nie susah nak ok ok dengan budak budak lelaki masa sekolah jauh sekali kolej.

Ya, Arwah baik. Tak pernah pulak seingat aku Arwah buat jahat baik di alam sekolah, dewasa atau pun di alam FB. 

Aku masih lagi bagaikan tak percaya Arwah dah pergi. Yalah bagi aku usia kami masih muda kan. Perjalanan masih jauh. Tapi, Allah lebih sayangkan Arwah. Arwah meninggal kerana heart attack. Rebah dan terus menghembuskan nafas yang terakhir. T__T

Last aku tau Arwah kerja kat Chevrolet. Lepas tue, kami jarang contact. Sesekali ada la like-mengeLike status di FB. 

Sedih sangat. Tak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Kalau tak salah aku. Takdak sorang pun kawan kawan sekolah yang kunjungi Arwah. Mungkin sebab Arwah dikebumikan di Manong Perak.

Mengikut berita yang ditinggalkan di page FB, Arwah meninggal dunia pada tanggal 26 yang lalu, jam 9 malam di Manong, Perak. Dikebumikan keesokan harinya juga di Manong. 


Antara pic bersama Arwah masa Reunion 2009 masih kekal dalam album FB aku. Berwajah chinese look dan ceria. Suka menyakat dan agak gila-gila. 
Itulah Arwah Hazli Bin Hashim.

Al-Fatihah aku tujukan buat hang Hazli. Semoga Allah tempatkan roh hang bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin.  
:'(